Assalamualaikum... salam 1malaysia... salam 1sabah.. pada post kali ini, admin akan kongsikan kepada kalian tentang tempat-tempat yang menarik lagi awesome yang terdapat di Sabah.. setiap pengunjung yang mengunjungi tempat-tempat ini pasti akan berpuas hati dan dapat mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan..... jom saksikan....: ^^*
|
JOM DATANG SABAH |
- Gunung Kinabalu:
gunung kinabalu, kundasang
inilah pemandangan gunung kinabalu dari jauh. kelihatan sangat cantik dan begitu indah ciptaan ALLAH. para pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar kenang-kenangan jika berpeluang ke sini.
2. Kundasang:
|
Kundasang City |
Kundasang merupakan sebuah tempat yang terkenal di Sabah. Kundasang kaya dengan keindahan flora yang sangat cantik. Suhu yang seperti ala-ala di luar negara menambah lagi tarikan pelancong untuk mengunjungi kundasang. Udaranya segar dan membuatkan kita merasa wahhhh bestnyaa...heehe
3. Desa Cattle:
|
Desa Cattle, Kundasang |
Desa Cattle terletak di kundasang. Merupakan tempat memproses susu-susu lembu yang segar. Di sini mengunjung berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana susu-susu lembu ini diproses dan boleh mendapatkan susu-susu segar untuk di minum bersama keluarga dan teman-teman.
4. Poring Hot Spring:
|
Poring, Ranau |
Poring Hot Spring terletak di daerah Ranau. Merupakan tempat yang sesuai untuk menbuat aktiviti santai bersama keluarga dan teman-teman sejati. pengunjung bukan sahaja berpeluang untuk bermandi-manda tetapi juga berpeluang untuk membuat aktiviti hiking untuk ke air terjun. Selain itu, terdapat juga conopy walk menambah lagi tarikan pelancong. dan banyak lagi..
5. Pusat Santuari ikan jinak.
|
kampung luanti , Ranau |
ingingkan sesuatu kelainan daripada spa biasa yang anda sering lakuakan?? datanglah ke kampung luanti Ranau untuk sesi 'fish massage'. Kampung Luanti Ranau terletak 131km dari Kota Kinabalu dan mengambil masa selama 2jam 40 minit untuk tiba di destinasi.
6. Rumah terbalik:
|
Tamparuli , Sabah |
ini merupakan rumah terbalik yang juga menjadi tarikan para perlancong jika datang ke Sabah. Rumah terbalik ini terletak di Tamparuli, Sabah. Keunikan tempat ini dengan membina sebuah rumah yang diterbalikkan. Semua peralatan yang terdapat di dalam rumah tersebut juga terbalik.
No comments:
Post a Comment