Friday, 17 April 2015

keunikan bangsa dan budaya


Rakyat sabah dibahagikan kepada 32 kumpulan etnik, di mana hanya 28 diiktiraf sebagai bumiputera, atau pribumi.


Kumpulan etnik terbesar yang bukan bumiputera adalah bangsa Cina Han sebanyak 13.2%. Manakala dialek Cina yang berpengaruh di Sabah adalah Hakka dan diikuti oleh kantonis dan hokkien. kebanyakkan penempatan orang cina di sabah tertumpu di bandar dan pekan utama, iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan juga Tawau. Kumpulan etnik pribumi yang terbesar di Sabah ialah kadazan-dusun, diikuti dengan Bajau, Brunei dan Murut. Terdapat juga sebilangan kecil kaum India dan lain-lain bangsa Asia di Sabah berbanding di semenanjung Malaysia. Orang cocos juga merupakan salah satu etnik minorotu yang tinggal di Sabah terutamanya di bahagian Tawau. Secara umumnya, semua orang yang datang dari Sabah dikenali sebagai "Orang Sabah" atau dan mereka juga menganggap diri mereka seperti itu.

Bangsa-bangsa yang terdapat di Sabah:

Bajau
Kadazandusun
Melayu Brunei
Murut
Orang Sungai
Iranun
Bonggi
Kwijau
Paitan
Lun Bawang
Lundayeh
Kedayan
Suluk
Binadan
Bisaya 
Kokos
Rumanau
Lotud
Minokok
Tidung
Rungus
Kagayan
Tatana
Tagaas
Ubian
Kimaragang
Bajau Laut
Ida'an
Inokang
pada post kali ini saya akan kongsikan serba sedikit tentang bangsa dan budaya yang terkenal di Sabah.

kadazan-dusun;
Kaum Kadazan_dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Banun di Taiwan. Kaum etnik Kadazan-dusun ini merupakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional.terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialan Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo dan sebagainya.

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud, dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan dan keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka kebanyakkan memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakkan bertempat di sekeliling kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut diatas adalah daripada kawasan-kawasan
tertentu seperti Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud, di daerah Tuaran, Orang sungai di daerah Kinabatangan, Sungut, Paitan dan Pitas. Kebanyakkan orang Kadazan-Dusun menganuti agama kristian. Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150-120 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.

Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan
antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar. Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia
unduk ngadau

No comments:

Post a Comment