1. Sinamu:
Sinamu ialah sejenis jeruk yang diperbuat daripada mangga air yang masih muda, lengkuas, nagka muda dan betik muda. Jeruk ini ada;ah untuk pembuka selera dangan rasanya yang masam-masam masin, dapat meningkatkan selera makan.
Bahan-bahan:
Mangga air muda (kuantiti mengikut kemahuan sendiri )
1 buah betik muda
1 buah nangka muda (dipotong sederhana)
12 ulas lengkuas( ditumbuk lumat)
Garam
1 jug air masak ( bergantung kepada saiz kontena)
Mangga air muda (kuantiti mengikut kemahuan sendiri )
1 buah betik muda
1 buah nangka muda (dipotong sederhana)
12 ulas lengkuas( ditumbuk lumat)
Garam
1 jug air masak ( bergantung kepada saiz kontena)
Cara untuk membuatnya adalah seperti berikut :
1) rebus nangka muda dan betik muda sehingga separuh masak untuk menjadikannya tidak keras untuk dimakan
2)bahan-bahan disejukkan semula
3) Kemudian, campurkan semua bahan dalam kontena dan campurkan garam.
4) Masukkan air didalam kontena dan biarkan selama lebih kurang dua minggu untuk dihidangkan.
.
selamat mencuba yaaaaa^^
2. Hinava Ikan Yu
Hinava Ikan Yu salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun.
Hinava adalah hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.
Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak tetapi ia perlulah segar. Dengan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi. Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan contohnya isi Ikan Yu dan juga bole diganti dengan Isi Ikan tenggiri. Tetapi Isi Ikan Yu mempunyai rasa yang lebih Unik lagi dari yang lain.
Ikan Yu 500gm
Garam 2 sudu kecil
Gula 2 sudu kecil
Cili padi 15 biji
Limau nipis 10 biji
Cara-caranya:
Sisik ikan yu dibuang , dan rendamkan ikan yu dalam air panas lebih kurang 2 minit. Hiriskan isi ikan yu tersebut mengikut citarasa masing-masing. Lalu campurkan semua bahan bahan dalam satu mangkuk dan gaul sehingga sebati. Rasanya ikut kesukaan , jika kurang rasa boleh ditambah. Akhir sekali, biarkan selama 30 minit dan kemudian boleh dihidangkan .
Rasa Unik , Seunik Sabah :)
3. Bambangan Ikan masin:
Saya ingin memperkenalkan satu resepi Chef Misompuru Homestay Kudat, Sabah iaituInulian Eliani Atajau yang merupakan Ibu saya sendiri. Misompuru Homestay adalah pusat pelancongan untuk mengenal budaya suku kaum Rungus di Kudat Sabah. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Misompuru Homestay Kudat, sila ke link ini :
http://www.go2homestay.com/misompuru-homestay-kudat/ :)
Bambangan Ikan Masin rasanya masam, masin dan pedas. Siapa yang minat masam pedas bolehlah try resepi ini hehe
Bahan-bahan:
- Cili Hijau
- Jeruk bambangan (sejenis mangga)
-bawang besar
-bawang merah
- halia
Cara-cara:
http://www.go2homestay.com/misompuru-homestay-kudat/ :)
Bambangan Ikan Masin rasanya masam, masin dan pedas. Siapa yang minat masam pedas bolehlah try resepi ini hehe
Bahan-bahan:
- Cili Hijau
- Jeruk bambangan (sejenis mangga)
-bawang besar
-bawang merah
- halia
Cara-cara:
- Panaskan minyak untuk Goreng ikan masin sehingga garing lalu ketepikan
- Guna Minyak yang sama untuk masak halia, bawang merah, bawang besar
- Seterusnya, Masak Cili Hijau dan masukkan jeruk bambangan yang suda siap sedia
- Lalu, boleh lah masukkan Ikan masin yang suda digoreng sebentar tadi.
Akhirnya boleh dihidangkan untuk dimakan bersama :)
4. Burasak
Burasak adalah salah satu makanan tradisional suku kaum bugis yang menjadi salah satu menu utama di hari raya. Burasak ini dimakan bersama ayam masak lengkuas. Dalam menyediakan buras, ia memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia memerlukan masa yang agak lama untuk direbus dengan api yang kecil untuk tekstur buras yang cantik.
Buras dimakan bersama Ayam Masak Lengkuas
Buras
Bahan-bahan :
1 kg beras,dicuci bersih,toskan
500ml santan pekat
800ml santan cair
2 sudu teh garam halus
5 helai daun pandan,disimpul
Daun pisang secukupnya
Tali rafia secukupnya
Cara-cara :
1.Didihkan santan bersama daun pandan,garam.
2.Tambahkan beras yang sudah dicuci tadi.
3.Masak sambil digaul hingga kering.Angkat.
Ambil daun pisang,letak 3 sudu makan nasi.Bungkus dengan kemas.
4.Buat sampai semua nasi selesai dibungkus dengan daun pisang.Dakapkan.Ikat dengan
tali rafia.
5.Rebus nasi selama 5-6 jam sehingga menjadi burasak.
5. Ambuyat
ebelum saya memberitahu Resepi dan cara membuat Ambuyat, mari kita lihat gambar-gambar ambuyat. Ambuyat boleh dimakan bersama sup ikan dan banyak lagi.
Resepi Ambuyat :
Resepi Ambuyat :
- 1 kg (6 cawan) sagu rumbia
- Air panas yang baru dimasak
- 1 liter (4 cawan) air
Cara menyediakan :
- Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
- Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.
- Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih. Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat (seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak)
No comments:
Post a Comment