Monday, 20 April 2015

iloveSabah

dengarkan lagu versi nama2 daerah yang terdapat di sabah...

terimalah.................
ini lah negeri di bawah bayu... sabah bah negeriku...

makanan tradisional Sabah... Nyamm..Nyamm

Hye.... admin akan kongsikan makanan-makanan tradisional yang terdapat di Sabah. Makanan-makanan ini mempunyai keistimewaannya sendiri. kebanyakkan bangsa yang terdapat di Sabah mempunyai makanan tradisonal yang tersendiri...

1. Sinamu:
Sinamu ialah sejenis jeruk yang diperbuat daripada mangga air yang masih muda, lengkuas, nagka muda dan betik muda. Jeruk ini ada;ah untuk pembuka selera dangan rasanya yang masam-masam masin, dapat meningkatkan selera makan.
Bahan-bahan:

Mangga air muda (kuantiti mengikut kemahuan sendiri )
1 buah betik muda
1 buah nangka muda (dipotong sederhana)
12 ulas lengkuas( ditumbuk lumat)
Garam
1 jug air masak ( bergantung kepada saiz kontena)

Cara untuk membuatnya adalah seperti berikut :

1) rebus nangka muda dan betik muda sehingga separuh masak untuk menjadikannya tidak keras              untuk dimakan
2)bahan-bahan disejukkan semula
3) Kemudian, campurkan semua bahan dalam kontena dan campurkan garam.
4) Masukkan air didalam kontena dan biarkan selama lebih kurang dua minggu untuk dihidangkan.
.
selamat mencuba yaaaaa^^

2. Hinava Ikan Yu

Hinava Ikan Yu salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun.

Hinava adalah hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.
Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak tetapi ia perlulah segar. Dengan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi. Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan contohnya isi Ikan Yu dan juga bole diganti dengan Isi Ikan tenggiri. Tetapi Isi Ikan Yu mempunyai rasa yang lebih Unik lagi dari yang lain. 

Ikan Yu 500gm 
Garam 2 sudu kecil 
Gula 2 sudu kecil 
Cili padi 15 biji 
Limau nipis 10 biji 

Cara-caranya:

Sisik ikan yu dibuang , dan rendamkan ikan yu dalam air panas lebih kurang 2 minit. Hiriskan isi ikan yu tersebut mengikut citarasa masing-masing.  Lalu campurkan semua bahan bahan dalam satu mangkuk dan gaul sehingga sebati. Rasanya ikut kesukaan , jika kurang rasa boleh ditambah. Akhir sekali, biarkan selama 30 minit dan kemudian boleh dihidangkan . 

Rasa Unik , Seunik Sabah :)

3. Bambangan Ikan masin:

Saya ingin memperkenalkan satu resepi Chef Misompuru Homestay Kudat, Sabah iaituInulian Eliani Atajau yang merupakan Ibu saya sendiri. Misompuru Homestay adalah pusat pelancongan untuk mengenal budaya suku kaum Rungus di Kudat Sabah. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Misompuru Homestay Kudat, sila ke link ini :

http://www.go2homestay.com/misompuru-homestay-kudat/ :)

Bambangan Ikan Masin rasanya masam, masin dan pedas. Siapa yang minat masam pedas bolehlah try resepi ini hehe

Bahan-bahan:

- Cili Hijau
- Jeruk bambangan (sejenis mangga)
-bawang besar
-bawang merah
- halia

Cara-cara:

  • Panaskan minyak untuk Goreng ikan masin sehingga garing lalu ketepikan 
  • Guna Minyak yang sama untuk masak halia, bawang merah, bawang besar
  • Seterusnya, Masak Cili Hijau dan masukkan jeruk bambangan yang suda siap sedia
  • Lalu, boleh lah masukkan Ikan masin yang suda digoreng sebentar tadi.
Akhirnya boleh dihidangkan untuk dimakan bersama :)





4. Burasak

Burasak adalah salah satu makanan tradisional suku kaum bugis yang menjadi salah satu menu utama di hari raya. Burasak ini dimakan bersama ayam masak lengkuas. Dalam menyediakan buras, ia memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia memerlukan masa yang agak lama untuk direbus dengan api yang kecil untuk tekstur buras yang cantik.


Buras dimakan bersama Ayam Masak Lengkuas


Buras


Bahan-bahan :

1 kg beras,dicuci bersih,toskan
500ml santan pekat
800ml santan cair
2 sudu teh garam halus
5 helai daun pandan,disimpul
Daun pisang secukupnya
Tali rafia secukupnya

Cara-cara :

1.Didihkan santan bersama daun pandan,garam.
2.Tambahkan beras yang sudah dicuci tadi.
3.Masak sambil digaul hingga kering.Angkat.
   Ambil daun pisang,letak 3 sudu makan nasi.Bungkus dengan kemas.
4.Buat sampai semua nasi selesai dibungkus dengan daun pisang.Dakapkan.Ikat dengan 
   tali rafia.
5.Rebus nasi selama 5-6 jam sehingga menjadi burasak.
5. Ambuyat

ebelum saya memberitahu Resepi dan cara membuat Ambuyat, mari kita lihat gambar-gambar ambuyat. Ambuyat boleh dimakan bersama sup ikan dan banyak lagi.







Resepi Ambuyat :


  • 1 kg (6 cawan) sagu rumbia
  • Air panas yang baru dimasak
  • 1 liter (4 cawan) air

Cara menyediakan :

  • Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
  • Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.
  • Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih. Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat (seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak)

Sunday, 19 April 2015

Pulau-pulau Pelancongan di Sabah.

ini merupakan pulau-pulau pelancongan yang cantik lagi indah yang terdapat di Sabah.. Jika sahabat sekalian berpeluang untuk ke Sabah, jangan lepaskan peluang untuk datang singgah ke pulau-pulau ini. 


Pulau Lankayan
pulau lankayan

Pulau Lankayan adalah sebuah pulau resort batu karang tropika yang amat kecil yang berada di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naugan negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terletak kira-kira 15km dari Sandakan


Pulau Silingaan
pulau silinggaan


Pulau Selingan atau lebih dikenali dengan nama 'turtle island park' (taman pulau penyu), terletak di laut sulu kira-kira 40 km ke utara Sandakan Sabah timur Malaysia. Ia terdiri daripada 3 pulau iaitu Pulau Silingaan, Bakkungan Kecil dan Gulisaan. Taman ini terkenal dengan penyu hijau dan penyu karah yang bertelur di pantai tersebut.


 Pulau Sipadan

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna Sabah, Malaysia.
Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau semudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter daru dasar laut.






Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam scuba(scuba diving) antara yabg terbaik di dunia












Pulau Kapalai
Pualau Kapalai adalah sebuah pulau percutian yang terkenal di Malaysia, ia lebih dikenali sebagai pulau resort Selam scuba. Pulau Kapalai hanya terletak 15 minit dari Pulau Sipadan, Pulai Kapalai merupakan sebuah pulau yang terindah


Pulau Layang-layang


Pulau Layang-layang terletak 165 batu nautika dari barat laut Kota Kinabalu ( dalam lingkugan 200km zon eksklusif) di laut China Selatan.

Pulau Mabul

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah Malaysia dan berdekatan dengan pulai Sipadan. Kedalan sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti 'scuba diving' 

Pulau Mantanani

Pulau Mantanani merupakan sebuah pulau yang terletak di daerah Kota Belud, Sabah.


Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Ia terletak di negeri Sabah, hanya di luar pantau Kota Kinabalu.

Pulau Mataking

Pulau Gaya

Pulau Sapi

Pulau Tiga

Pulau sibuan

Pulau Berhala Laut






Tempat-tempat pelancongan di Sabah.. Part2

jom datang Sabah..... Sabah bagus bah.. ok bha klu kau...heheh

1. Tanjung Aru beach:
Tanjung Aru, kk
Tanjung aru beach yang terletak d kota kinabalu merupakan sebuah pantai yang menjadi kunjungan keluarga untuk melakukan aktiviti berkelah. tempat ini juga menjadi tarikan ramai pelancong kerana kecantikan pantainya. Di waktu petang para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan sendiri matahari terbenam.

2.  Muzium Sabah:
muzium Sabah
Muzium Negeri Sabah ini terletak di sembulan Kota Kinabalu. Di sini tersimpannya semua barang artifak, gambaran sabah suatu ketika dahulu dan sebagainya. Struktur bangunan yang unik juga mebuatkan muzium ini bertambah menarik.

3. 
sepilok, Sandakan
Sepilok merupakan pusat pemuliharaan orang hutan. Tempat ini diwujudkan adalah bertujuan untuk pemuliharaan haiwan ini daripada pupus. Pengunjung berpeluang menyaksikan orang hutan dan juga berpeluang untuk mengambil gambar bersama orang-orang hutan.. ;)

4. Simpang mengayau
simpang mengayau, Kudat
Simpang mengayau merupakan sebuah tempat yang kenali penghujung bagi negeri di bawah bayu ini. Suasanya yang berangin dan cantik memanggil pelancong untuk melawat tempat ini. Di sini juga tempat untuk mengunjung melihat matahari terbenam dengan lebih jelas daripada tempat-tempat lain..
MY FAVORITE PLACE....^^









Saturday, 18 April 2015

Tempat menarik dan awesome di Sabah

Assalamualaikum... salam 1malaysia... salam 1sabah.. pada post kali ini, admin akan kongsikan kepada kalian tentang tempat-tempat yang menarik lagi awesome yang terdapat di Sabah.. setiap pengunjung yang mengunjungi tempat-tempat ini pasti akan berpuas hati dan dapat mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan..... jom saksikan....: ^^*

JOM DATANG SABAH
  1. Gunung Kinabalu:
gunung kinabalu, kundasang
inilah pemandangan gunung kinabalu dari jauh. kelihatan sangat cantik dan begitu indah ciptaan ALLAH. para pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar kenang-kenangan jika berpeluang ke sini.

2. Kundasang:
Kundasang City
Kundasang merupakan sebuah tempat yang terkenal di Sabah. Kundasang kaya dengan keindahan flora yang sangat cantik. Suhu yang seperti ala-ala di luar negara menambah lagi tarikan pelancong untuk mengunjungi kundasang. Udaranya segar dan membuatkan kita merasa wahhhh bestnyaa...heehe

3. Desa Cattle:
Desa Cattle, Kundasang
Desa Cattle terletak di kundasang. Merupakan tempat memproses susu-susu lembu yang segar. Di sini mengunjung berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana susu-susu lembu ini diproses dan boleh mendapatkan susu-susu segar untuk di minum bersama keluarga dan teman-teman.

4. Poring Hot Spring:
Poring, Ranau
Poring Hot Spring terletak di daerah Ranau. Merupakan tempat yang sesuai untuk menbuat aktiviti santai bersama keluarga dan teman-teman sejati. pengunjung bukan sahaja berpeluang untuk bermandi-manda tetapi juga berpeluang untuk membuat aktiviti hiking untuk ke air terjun. Selain itu, terdapat juga conopy walk menambah lagi tarikan pelancong. dan banyak lagi..

5. Pusat Santuari ikan jinak.

kampung luanti , Ranau
ingingkan sesuatu kelainan daripada spa biasa yang anda sering lakuakan?? datanglah ke kampung luanti Ranau untuk sesi 'fish massage'. Kampung Luanti Ranau terletak 131km dari Kota Kinabalu dan mengambil masa selama 2jam 40 minit untuk tiba di destinasi.

6. Rumah terbalik:
Tamparuli , Sabah
ini merupakan rumah terbalik yang juga menjadi tarikan para perlancong jika datang ke Sabah. Rumah terbalik ini terletak di Tamparuli, Sabah. Keunikan tempat ini dengan membina sebuah rumah yang diterbalikkan. Semua peralatan yang terdapat di dalam rumah tersebut juga terbalik. 










Biru-biru Gunung Kinabalu

Assalamualaikum sahabat sekalian, admin harap kamu sihat-sihat sahaja... Bak kata orang Sabah "kau sihat bha kan".. hehe.. Alhamdulillah kita telah masuk ke bulan baru dalam islam iaitu 1 rejab 1436 dalam kalender islam... InsyaAllah kita sentiasa bermuhasabah diri dalam mempertingkatkan dan memperbaiki kualiti amalan kita demi mendapat keredhaan ALLAH...

post pada kali ini admin akan kongsikan kepada pembaca sekalian tentang satu keindahan ciptaan ALLAH yang terdapat di Sabah. Gunung Kinabalu merupakan kemegahan negeri Sabah dibawah bayu. Gunung Kinabalu juga merupakan tunjung kekuatan bagi negeri borneo sehingga terkenal di seluruh dunia.. Gunung Kinabalu terletak di daerah kundasang.

Akulah Gunung Kinabalu^^:)
Namaku Gunung Kinabalu. Aku terletak di Sabah, Malaysia. Aku merupakan puncak tertinggu di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang tetinggianku mencecah 4095 meter dari paras laut.

Aku merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap aku ini merupakan gunung yang dapat memberi semangat juang dan satu padu rakyat Sabah..

Hasratku ingin sampai ke puncak Kinabalu.. bagaimana??

bagaimana hendak ke sini??
- Jarak dari Kota Kinabalu ke Taman Kinabalu (National Park) ialah kira-kira 90 km
- Anda boleh menaiki pelbagai jenis kenderaan darat dari Kota Kinabalu, tetapi yang popular ialah bas dan bas mini.
- Tambang bas dari K. Kinabalu ke National Park ialah RM7.00 hingga RM15.00 (one way)

Urusan-urasan Yang Perlu Di buat 
Selain daripada mengikuti pakej-pakej yang disediakan oleh agensi-agensi pelancongan anda boleh menguruskan perjalanan anda sendiri dengan:
- Menempah tempat tinggal; sebaik-baiknya menginap di penginapan yang disediakan oleh Kinabalu Gold Resort kerana pengurusan anda untuk mendaki gunung lebih mudah dengan bantuan mereka. 
- Kos penginapan adalah dari serendah RM12.00* (Menggilan & Medang Hostel)
- Bayaran permit pendakian, premium, guide dan porter (kalau mahu). Semuanya diurus setibanya anda di Taman Kinabalu. Sila hubungi Kinabalu Gold Resort untuk mendapatkan maklumat terkini.

Ringkasan Pendakian
- Tempoh pendakian biasa ialah selama 3 hari 2 malam
- Hari Pertama : Sebaik-baiknya anda bermalam di Taman Kinabalu supaya anda dapat bersedia untuk mendaki pada sebelah pagi keesokannya.
- Hari Kedua : Anda akan mula mendaki dari Timpohon Gate (permulaan pendakian) ke paras 11,000 - 11,500 kaki dari aras laut. Anda akan bermalam pada ketinggian tersebut di rumah rehat yang disediakan.





- Hari Ketiga : Awal pagi (selalunya 2.30 / 3.00 pagi) anda akan meneruskan perjalanan ke puncak (Low's Peak). Setelah puas di puncak anda di kehendaki turun semula hingga ke Timpohon Gate.

Keadaan Semasa Pendakian 
- Pada peringkat awal anda akan mendaki dengan melalui jalan-jalan kecil yang mempunyai anak-anak tangga yang dibentuk berdasarkan bentuk muka bumi dan akar-akar pokok.
- Cuaca yang cerah boleh menjadi berkabus dan hujan dengan sekelip mata. Sentiasalah bersedia dengan baju hujan. Sebaik-baiknya anda membungkus pakaian anda didalam beg plastik sebelum memasukkannya kedalam beg.
- Sepanjang laluan ada disediakan beberapa pondok tempat berehat dan tangki air untuk mengisi botol air.
- Kebanyakkan pendaki mengalami pening-pening dan ada yang muntah semasa mendaki. Jangan lupa membawa ubat yang berkaitan.
- Semakin tinggi anda mendaki, anda akan berasa semakin cepat letih. Ini adalah disebabkan kandungan oksigen diudara semakin nipis.
- Hidung anda akan cepat berair dan anda mungkin akan menghidap selsema. Ini adalah disebabkan udara yang sejuk dan lembap.
- Kebanyakkan pendaki akan hilang selera makan. Bagaimanapun anda di nasihatkan supaya makan untuk mengembalikan semula tenaga anda.
- Keadaan disekitar yang sejuk boleh menyebabkan penguncupan pada otot betis secara tiba-tiba. Ia boleh menyebabkan kekejangan otot (cramp). Anda dinasihatkan supaya membawa ubat yang berkaitan dan kurangkan banyak berhenti berehat semasa anda berjalan. Biarlah anda berjalan perlahan-lahan daripada anda terpaksa mengalami kekejangan otot.
- Permukaan batu granite adalah licin (terutama apabila hujan). Anda dinasihatkan supaya berhati-hati, jangan berlari-lari dan pakailah kasut yang bertapak getah.

Kelengkapan Asas Untuk Dibawa 
- T-shirt lengan panjang / baju panas & baju ekstra
- Kasut bertapak getah (Sport / tennis / gym shoes / hiking boots)
- Kasut / sandal ekstra
- Sarung tangan (sekurang-kurang 2 pasang), topi / topeng muka
- Stokin ekstra
- Pakaian pelindung hujan dan angin (baju hujan / wind breaker)
- Tuala, berus gigi dan semua alat kelengkapan diri yang lain
- Lip gloss (cuaca sejuk menyebabkan bibir pecah)
- Ubat-ubatan & plaster untuk blister
- Lampu suluh
- Makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi (coklat, kekacang, kismis, glukos)
- Beberapa beg plastik untuk pelbagai guna.

Keistimewaan 
- Taman Kinabalu mempunyai suhu persekitaran yang rendah; mencapai hingga serendah 14 darjah selsius.
- Gunung Kinabalu mencapai suhu 0 darjah selsius
- Terdapat spesis flora yang tidak dijumpai ditempat lain (Rafflessia, Nepenthes Rajah)
- Pemandangan sekitar yang indah dan aman
- Mudah untuk didaki (tidak memerlukan pengalaman)
- Penduduk disekitar yang peramah
- Memberikan servis yang baik
- Banyak lagi keistimewaan yang tidak dapat saya katakan; berbaloi dengan perbelanjaan anda

Aktiviti Yang Anda Boleh Buat di Taman Kinabalu (National Park - Poring) 
Jungle Trekking
Bird watching
- Mandi air panas asli (Poring Hot Spring)
- Menaiki Canopy Walk (Poring - Ranau)
- Mendaki Gunung
- Berkhemah
- Menjelajah Gua (Gua Kelawar - Poring, Ranau / Gua Paka - Gunung Kinabalu)
- Mandi air terjun
- Melawat pameran dan Conservation Centre
- Banyak lagi, pandai-pandailah buat aktiviti sendiri (kalau nak cerita memang tak habis).



TINGGI-TINGGI GUNUNG KINABALU,
TINGGI LAGI SAYANG PADA KAMU,
:)

jom nyayi...
lirik: sayang kinabalu
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh 
hati saya rindu...

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu 
hati saya rindu....

sumandak sumandak pun ramai menunggu 
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta....

saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu....

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu 
hati saya rindu....

sumandak sumandak pun ramai menunggu 
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta....

saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu....

sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu....

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/sayang-kinabalu-kimin-mudin.html#ixzz3Xm25LbZz

Friday, 17 April 2015

keunikan bangsa dan budaya


Rakyat sabah dibahagikan kepada 32 kumpulan etnik, di mana hanya 28 diiktiraf sebagai bumiputera, atau pribumi.


Kumpulan etnik terbesar yang bukan bumiputera adalah bangsa Cina Han sebanyak 13.2%. Manakala dialek Cina yang berpengaruh di Sabah adalah Hakka dan diikuti oleh kantonis dan hokkien. kebanyakkan penempatan orang cina di sabah tertumpu di bandar dan pekan utama, iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan juga Tawau. Kumpulan etnik pribumi yang terbesar di Sabah ialah kadazan-dusun, diikuti dengan Bajau, Brunei dan Murut. Terdapat juga sebilangan kecil kaum India dan lain-lain bangsa Asia di Sabah berbanding di semenanjung Malaysia. Orang cocos juga merupakan salah satu etnik minorotu yang tinggal di Sabah terutamanya di bahagian Tawau. Secara umumnya, semua orang yang datang dari Sabah dikenali sebagai "Orang Sabah" atau dan mereka juga menganggap diri mereka seperti itu.

Bangsa-bangsa yang terdapat di Sabah:

Bajau
Kadazandusun
Melayu Brunei
Murut
Orang Sungai
Iranun
Bonggi
Kwijau
Paitan
Lun Bawang
Lundayeh
Kedayan
Suluk
Binadan
Bisaya 
Kokos
Rumanau
Lotud
Minokok
Tidung
Rungus
Kagayan
Tatana
Tagaas
Ubian
Kimaragang
Bajau Laut
Ida'an
Inokang
pada post kali ini saya akan kongsikan serba sedikit tentang bangsa dan budaya yang terkenal di Sabah.

kadazan-dusun;
Kaum Kadazan_dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Banun di Taiwan. Kaum etnik Kadazan-dusun ini merupakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional.terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialan Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo dan sebagainya.

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud, dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan dan keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka kebanyakkan memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakkan bertempat di sekeliling kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut diatas adalah daripada kawasan-kawasan
tertentu seperti Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud, di daerah Tuaran, Orang sungai di daerah Kinabatangan, Sungut, Paitan dan Pitas. Kebanyakkan orang Kadazan-Dusun menganuti agama kristian. Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150-120 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.

Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan
antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar. Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia
unduk ngadau

Kenali Negeri Sabah:

bendera negeri sabah:



  • Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah
  • Lima Jenis warna melambangkan lima bahagia di Negeri Sabah
  • Warna biru zirkon, melambangkan keamanan dan ketenteraman
  • Putih melambangkan kemurnian dan keadilan
  • Warna merah cili melambangkan keberanian dan kemakmuran
  • Warna nila kandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama
jata negeri sabah:



Dua tangan menjunjung bendera Negeri Sabah melambangkan perpaduan dan kerjasama rakyat berbilang kaum demi kemajuan dan kejayaan. Lima jenis warna melambangkan lima bahagian di negeri sabah.

lagu negeri sabah:

Tajuk: Sabah Tanah Airku

Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.

Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka - 





5 bahagian yang terdapat di Sabah:
  1.  Pantai Barat (Kota Kinabalu) : kota belut, kota kinabalu, papar, penampang, putatan, ranau,                                                        tuaran
  2. Pedalaman (Keningau) : beaufort, nabawan, keningau, kuala penyu, sipitang, tambunan, tenom
  3. Kudat : kota marudu,kudat, pitas
  4. Sandakan: beluran, kinabatangan, sandakan, tongod
  5. Tawau: kunak, lahad datu, semporna, tawau